Taklimat eKelas di SMK Luak, Miri

18 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Oktober yang lepas, Pusat Internet Kg Luak telah menerima jemputan dari Pihak Maxis untuk turun bagi menjayakan taklimat eKelas yang diadakan di SMK Luak, Miri. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan mengenai eKelas dan seterusnya pendaftaran ahli baru untuk eKelas. Dengan adanya aktiviti ini, pihak sekolah dan pelajar dapat mengetahui bahawa eKelas mempunyai aktiviti yang sangat menarik seperti kelas Live tutorial dan semuanya adalah percuma. Seramai 100 pelajar dari tingkatan 1 hingga 3 terpilih untuk menyertai taklimat tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali